Kementerian Kesihatan berharap semua Ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada akta baharu kawalan tembakau dan rokok yang dijangka dibentangkan di Parlimen, Julai ini.<br /><br />Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, draf akta baharu itu sudah dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk kelulusan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan boleh dibentangkan ke Parlimen.
